Instagram

Friday, March 8, 2013

"ditelan laut china selatan"

~segala puji bagi ALLAH~

Hari ini 9 MAC 2013,sabtu bersamaan.syukur atas jaganya di kala fajar menjelang,syukur atas nikmat kesegaran dunia yang dikurniakan.terima kasih dan dengan harapan ianya berkekalan,tekad!! harus berubah tabiat!!HARUS!!

ok nak cerita hal semalam..

semalam jumaat geng berjimba di pantai tok jembal.satu peristiwa memang tidak dilupakan lagi adalah 
"selipar ditelan laut china selatan"

sesampai di pantai,beli keropok dan air minum,dan bergerak ke muara..eh muara ke??nie haaa.


makan-makan sampai habis,then aku,zura dan najah bergerak turun ke bawah untuk main air,berendam kaki lah kononnya,main-main buih laut..diorang memakai kasut crocs dan aku selipar oren yang telah dimiliki 2 tahun sudah..



perluke cerita ek??haha,tak kira aku nak cerita!!kalau tak aku lupa(memang tak lupa)..ok sambung

then dalam gembira buih dan ombak datang dan takut basah maka berundur (sila bayang `muka excited bila ombak datang ' ) dalam excited nye itu jadi panik sebab selipar gua tercabut dari kaki dan dibawa ombak!!
terjerit-jerit kejarnye..oh maiii,aku kejar selipar aku nak ambik,namun sekerat sahaja,ombak lain datang..sangat tak logik lah kan nak kejar masuk ombak ambik selipar..padan muka aku,mana ada orang main air pakai selipar,aku jer..sebab excited sangat mungkin,patutnya kat atas lagi haa cabut selipar tu. dan tidak jauh sebelah sana ade port pakcik-pakcik nelayan duk melepak bersama dan aku yakin mereka dengar jeritan itu.

dalam hati aku redha je sebab selipar tu dah 2 tahun dimiliki,tapak pun haus..dan redha je kalau balik berkaki ayam..(dalam hati.solution balik hostel : mintak najah ambikkan dengan moto bawak balik hostel)

namun ku masih menunggu pasangan selipar aku muncul lagi..nasib tidak keluar dari muara tu,dan colour selipar oren pulak tu,striking and memang nampak lah dari jauh,duk perhati jelah "selipar oren ditelan laut china selatan".kebanyakan selipar yang terlepas jarang benar nak diambil kembali,namun jodoh selipar masih bersama pasangnya (sastera giler ayat,poyo!!)

pakcik nelayan yang dengar jeritan kami turun dan turut memerhati selipar aku dari jauh,dia tahu aku hilang selipar walau jauh jugak kedudukannya.mulanya dia ambik selipar warna pink,itu bukan selipar aku..mungkin nampak selipar sebelah lagi di kaki aku (lain kali pilih striking colur lagi).

beberapa saat kemudian muncul selipar oren dekat pakcik tu..punya excited jerit suruh pakcik tu ambikkan..haa,sangat bagus teknik ambilan selipar pakcik nie..dia tak terus terkam ambiknya..tunggu seketika selipar tu ke pesisir,tak basah dan selamat  pakcik tu..pakcik tu lempar ke atas dan aku sangat teruja!!berlari keanak-anakan pergi ambik pasangan selipar.TERIMA KASIH PAKCIK!! kini selipar jumpa pasangnya dan masih digunakan selagi ianya berguna..hehe(perlu ke cakap??)


pengajaran : 
  1. main ombak cabut selipar letak atas,kalau letak bawah alamatnya 22 belah melayari laut china selatan (kalau duk sebelah pantai timur)
  2. nak ambik selipar harus ade teknik,jangan panik dan jangan teruja berkejar-kejar air ombak.bahaya diri dibawa ombak.

opsss.tak sedar panjang giler cerita aku.padahal remeh je haaa.mak jemah kepochi betol!!excited bercerita
apa-apa ambik yang baik yer, buang kelaut yang buruk,(jerit ketidakpuasan hati namun hati-hati nanti pikir gila pulak dek orang) jangan buang sampah pulak ke laut tu,pelihara laut kita!!

ok babai.assalamualaikum









Thursday, March 7, 2013

Bersama Kita Cipta

~segala puji bagi Allah~

rindu ni nak menaip entri..seminggu sekali agaknya ku jenguk dashboard,namun jari dan minda tidak menari-nari atau teruja untuk berceloteh disini.entah mengapa sebabnya ku tidak ketahui..ini poyo ok..padahal memang dah malas dah pun..time nie, menaip ni sebab bosan dan mungkin ada carutan disini,so JIKAlau sudi baca, sila TERUSKAN pembacaan..

sedar tak sedar ku sudah masuk semester 6,SEMESTER 6 yer!!! tahun akhir and opkos semester akhir..ok terlebih teruja disitu,tiada kesabaran nampaknya untuk berhabis-habisan kesemesteraan ini.nak cakap ni.umuq banyak dah nie..1991- saat detik ini...insyaallah umuq 22 boleh grad bersama..takkan ku tinggalkan memori yang indah tercipta sepanjang  kebersamaan kita. i love you more friends!!!


nak info subjek semester 6 :
  1. advanced numerical analysis 
  2. english occupational purpose
  3. islam alam sekitar(elektif)
  4. islam dan ideologi masa kini (elektif)
  5. FYP aka projek ilmiah tahun akhir 2
semester 6 yang masanya tidak banyak diperuntukkan di kuliah@kelas,kelas sejam dua tiga jam sahaja setiap hari.. FYP a.k.a projek ilmiah tahun akhir 2 iaitu sebanyak 6 jam kredit,bergantung pada diri untuk berada di mana-mana asalkan setiap hari/minggu sila berjumpa SV.in progress,dengan harapan ianya berjalan lancar dan mudah segala urusan .akan ku cuba sedaya upayaku..insyaallah..kita semua berjaya janji kita  usaha
ku ingin kongsi apa yang aku baca dalam akhbar samudera (majalah universiti) dalam segment jejak alumni..
5 success key principles yang diguna pakai ialah 
  1. mingle with the right person
  2. read the right books
  3. listen to the right songs
  4. attend the right trainings/seminar
  5. be teachable to your guru/mentor
can you justify it??kalau tidak boleh sila bolehkan...hehe

berbalik pada tajuk:

walau sesibuk mana kami tetap bersama

ketawa bersama..huhahuha
berjalan bersama.
bergambar bersama
bershopping bersama
makan bersama
p pasaq malam bersama..
tiada duit kami bersama
berangan bersama
sedih bersama
suka bahagia gembira bersama
apa-apa susah senang kami bersama..
terima kasih tak terhingga kerana kita bersama




p/s:ambik yang baik -baik sahaja,buruk sila buang naaa
sebenarnya malam ini diri terasa kosong,kosong dan kosong

Tuesday, January 8, 2013

tambah tolak darab bahagi ~otak

~SEGALA PUJI BAGI ALLAH~

sudah lama x menaip entry....sibuk la konon kan.
kini berada di akhir semester 5
lagi satu paper menunggu..13 january 2013 
oh,SELAMAT TAHUN BARU


so,2013 mana yang anda pilih??
anda yang tentukan


dan



paper last ini selang jarak lama sikit..
5 hari..untuk menjawab paper MCQ
dan last paper nie adalah elektif komunikasi kemanusiaan
LOGIK AKAL,FAHAMAN dan HAFALAN diperlukan
dan kali nie nak guna otak belah mana??
kalau biasanye mengira-ngira ,guna otak-otak (dipasar malam tu) kiri,

kali ni??kanan ke?kalau kanan setahu aku yang berseni,berkreatif..
mestilah diseimbangkan..
untuk lebih detail sila tengok info ini...

ok sila bersedia okeh..
banyak masa nie menyebabkan banyak lagha
bermovie sini,bernovel situ,bertido sinisitu eh atas tilam empuk laa..

4 paper sudah lepas,hope result will be OK

JANGAN PUTUS HUBUNGAN DENGANNYA
DAN RESTU IBUBAPA TERAMAT PENTING

“Redha Allah bergantung pada redha dua Ibu Bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua- dua ibu bapa.” (Riwayat al-Hakim)

dan doa untuk KAWAN-KAWAN SEPERJUANGAN juga



ok sini saje
SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA
GEMBIRAKAN IBU BAPA KITA



Sunday, December 9, 2012

mimpi

~segala puji bagi ALLAH~

terngiang-ngiang suara itu bila diingati
T.T menangis setiap kali diingati balik...
tersedar lima saat,terus berderai....
YA ALLAH
tapi bolehkah kita mempercayai sebuah mimpi??
takutnye andai betul-betul terjadi.
adakah aku boleh terima dugaan itu
adakah aku dan keluarga dapat menjalaninya...

BERJUBAH PUTIH,BERKOPIAH PUTIH,BERSERBAN..tetapi mimpi pada awal tu macam mengarut,tapi....

"ABAH PERGI DULU,HALALKAN MAKAN MINUM ABAH,JAGA DIRI"
ASSALAMUALAIKUM....
abah peluk aku....takterkata jantung xtau kemana
kata-kata itu yang diingati...

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

panjangkanlah umur kedua ibu bapaku,berilah rahmat kepada mereka,capaikanlah hajat mereka untuk berada di tempat suci mu, ya allah andai mereka pergi dulu tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman..berikan kami kekuatan iman,petunjuk hidayahmu  dan berikanlah  kami kekuatan dalam menempuh dugaan dari mu...amin..








Friday, November 16, 2012

~malacca trip part 2~

~Segala Puji Bagi Allah~
rasa bersalah menusuk kalbu..
lame nye nak muncul2 entry nie..haha
masalahnye ade org tunggu ke??hahhaha
malacca trip part 2 baru terupudate....
last day diberjalan disana.

xde g jalan2 sgt pon rasenye hari kedua..
first ke little india,kawan aku(pea) je yg dapat habuan, 
sbb die yg beria nak g,aku poket kosong,so x de maknenye nak berhabuan..

then ke melaka sentral,bile kat sinilah aku rase nak balik rumah cepat2,
sbb sakit perot teramat(aku syak gastrik) tp dah makan sebelom kluar tu..,
nak jalan pon sakit,decide nak g klinik..tp seram plak nak jumpe dr..
sbb zura ckp dr india..dr melayu pon masalahnye dh lame x jumpe..hahah..
x brani aku,sentuh2 bagai..bile nek kete dok diam tu dah ok la plak.....
so batalkan niat jumpe dr..g 7e beli gaviscon,prepare lau jd ape2 nanti...
lepas tu ok dh terasa ,soo x la risau sgt..so teruskan jalan2 di melaka...

next ke melaka taming sari...nie kite bertiga,(aku,zura,linda) 
sbb pea ntah lesap ke mn..(jumpe kwn die jap)..hehe..
melihat melaka di keseluruhannya...
dpt tgk tempat yg dikatakan strategik,laut terbentang luasnya...
sungguh syok..hehe..
ade dak gayat,last2 baru nak berdiri bergambar...
katenye rugikan lau x de gambar..heheh...

then ke pahlawan walk..habuan untuk anak saudara sahaja 
sbb sudah pokai sedikit demi sedikit..
memang dah lari budget dah pon..
time nie kene beringat sikit keluarkan duit,
sbb selepas tu ade destinasi menarik yg ingin dituju...
macam air je kan duit keluar bile jalan2 nie.hurmmm 
dan seterusnye balik ke rumah kot...x igt dh,
makin pupus ingatan,al maklumlah...dah lame tinggalkan...hehhe..
siap siaga untuk pulang ke UMT...
again,terima kasih BAI..

#seminggu lepas tu aku ke KOTA SINGA..trip sekolah!!...memori indah tercipta disini..
next  entry maybe..
#aku kaki jalan,pantang diajak,asal xde halangan...just go go go and go.ade halangan kite selesaikan...huhuh








THAT'S ALL TQ...

Sunday, September 30, 2012

HARAPAN

~ segala puji bagi ALLAH...~

tak perlu  MENGHARAP lagi
jika harapan  pada yang diharapkan itu
harapan yang melalaikan,
harapan yang mensia-siakan,
harus kamu tinggalkan harapan itu
kerna harapan itu memakan diri sendiri
apa yang penting teruskan 
dan berusaha selagi mampu
sudah ditentukan 
mana yang terbaik untukmu
BERDOA
moga doa kita dimakbulkan

mereka bahagia..alhamdulillah

pengorbanan & kesabaran
 mereka menempuh 
liku hidup berumah tangga 
yang mengagumkan aku..
Semoga Allah Redha..


Tuesday, September 18, 2012

~malacca trip part 1~


~SEGALA PUJI BAGI ALLAH~

Alhamdulillah..kami selamat dalam perjalanan kali ini...
dengan izinnya,dapat kami menjalankan hasrat kami untuk bercuti bersama
 tatkala masa mencemburui kami
semuanya berjalan dengan lancar
kami semua gembira bersama
tarikh keramat 14/9/2012 kebertolakan kami ke MELAKA
pada jam 10 pg dan kesampaian di sana jam 8.30 mlm..
1st time jln jauh kali nie setelah sekian lama tidak merasa..2 years ago..
maka,sehari tu dok atas kenderaan bertayar 8(xpasti),
diperdengarkan dengan nyanyian (driver karok) dan kedengaran kemuntahan...sungguh ku x lupa..
sesampai terus lena ditilan yang empuk...TQ BAI n IBU..

then 15/9/2012 bermula langkah ke kota bersejarah 
bermula ke bangunan merah,naik ke bukit St Paul,Turun ke A famosa,
masuk Istana Kesultanan Melayu Melaka,ke Dataran Pahlawan,Mahkota Parade,keluar ke monumen keretapi,kapal terbang,kereta lembu,(btul ke panggil monumen??),ke muzium samudera (aku n bai je masuk),masuk pasar pahlawan<lupe name> (>,<),then balik rumah...
lenguh jgk kaki,tapi kami kan dak gagah!!

menikmati hidangan lazat lagi menyelerakan
!! ikan masak asam pedas marvellous !!
ibu BAI masak sodap2
mau recipe yup bai BLOG BAI

sebelah malam kami meruskan perjalanan lagi
ke Jonker Walk..
memang seperti berada di TANAH BESAR CHINA dah
memang x jumpe org melayu mahupun india..
kawasan China..cuma kaki yang melangkah dalam kesesakan..
hidung yang menahan bau makanan
takut untuk membeli!!

dan kaki melangkah lagi,perot juga berbunyi...
merasa santapan malam seketika..
 jalan lagi ke Pahlawan Walk...
hanya kaki yang lenguh juga yang melangkah
hanya mata yang kuyu kerna kemengantukan sahaja yang melihat..
dan kaki x larat,balik pick up by angah adik bai,
lena sampai pagi...letih x terkata,gembira x terucap,
~~terima kasih layan karenah kami...BAI FAMILY~~

xlengkapkantanpagambar...hoho..
bila kaki melangkah,klik klik je tau..
sejarah ta tau jgk..hehe..

p/s:pic x ikut susunan

SEPANJANG PERJALANAN
woot2..malu  nk pkai lau beli,so pose je lah..hehe


di bukit st .paul....kami lah satu hati,satu bangsa,1 jiwa..love u all

bai n lin jgk...posing2 aje tau,..

kesopanan dan kesusilaan itu kami!!

nice photo...nice view,nice editing...tq again bai..


wat muke lah lagi!!

balairung seri..sopan lagi

kikiki...cantik jgk phoshoot kat sini..hehe
xslim pom,lagak lebih!!

hehe..kupilih hatimu...

pompom!!

ai ai kapten!!..

mai aii,cane leh jd cam nie??

seafarer please take me!!..i want go to europe

bukan pramugari kapal okey...


kk,wat muke lagi
opsss..mmg buat muka begitu..haha..
~panahan mentari memancar~
nie la dak melaka tuh...tq bai!!



xtau nk putarkan cane bile dh upload!!



aina,nah lembu ko!wane mas lg tau...
(kalau ko bace)


sekian..berkesudahan disini sahaja buat seketika....
part 2 bertarikh 16/9/2012...SELAMAT HARI MALAYSIA

p/s:kredit to bai sbb pic die yg edit..tq..tq..tq....

Thursday, August 30, 2012

~ AM & AIN ~

~segala puji bagi ALLAH~

dikala ada kerja....tp aku malas lah sangat nak meng ayat kan ia.....
haishh..report x buat lagi..haha..
borim petang2 nie....bru lepas duk dapur masak2 tuk family..
masak pe hari nie?
ntah lah..aku men campak jer..resipi aku slalu x der nama..asal sodap..makan je semua..

key key..berbalik pade apa yang tertera tajuknye entry nie..

AM tu ADAM MUKHRIZ..
AIN jodoh dengan ADAM MUKHRIZ
AIN HAWANI untuk AM
so..x lain xbukan novel popular sekarang lah..
hasil karya AISYA SOFEA

~ADAM DAN HAWA~

oh maiiii,bapak hensem kan kalau beruniform..lagi2 yang berkerjaya dan bergaji besar...kikikiki
tgk gambar bawah nie...comelkan..sesuai ngan perwatakan untuk adam mukhriz tu..hero aaron aziz..heroin ain hawani pun sesuai...lakonan nadiya nissa..comel..pelakon baru..harap dapat tawan peminat novel tu dengan lakonannya..

"aku support artis baru yang berbakat"
dan aku kata
"beruniform tu smart"
smart plus hensem plus macho




bergaya kan dengan uniform..
berjalan nye punnn(suara johan RL)....mak aihhhhh..

kalau dah hensem x pakai uniform pon tetap bergaya gak kan??hehe..
dan beruniform tu lagi bertambah ke macho an ke hensem an....hahha 
ok...over di situ..

sangat lah kecewa bila drama nie tidak dipertontonkan di tv rakyat!!
tv rakyat tu bagi aku...rtm dan media prima lah,12397..
di tayang kat astro...mustika...hd!!
aku nie mustika pun tara..ada..apetah lagi hd,apetah lagi astro!!hahah..banyak untung la niaga camni!!
tengok online jelah ehhh,tu pun...x puas hati lagi..ditayang 4 episod saja secara onlinenye...
lembab,tgk on9 gambar xjelas,x puas hati..!!
citer ni dah trending....confirm naik ranking kalau tayang tv rakyat!!
citer ni best..tengak teaser n trailer pom da best!!
rosak jiwa btol...


novel nie aku dah baca dulu...2,3 kli gak arr...
novel nie aku xder...aku baca yang orang lain punye.hehe..
novel yang best2 bukan kepunyaan sendiri,pinjam jer nak baca..haha
dah xtau nk pilih dan beli yang best kan..hhehe
nie novel cover lama....

dan ini cover baru...pelakon2 tertera di cover..
nak cover baru tp...terhad percetakannye
akan aku dapatkan ini novel!!

mampukah ikatan yang dipaksa berkekalan selamanya...jom tengok adam dan hawa!!
segalanya akan terjawab!!
x saba nak tahu drama nie...harap ade lah kat you tube sepanjang 80 episod..or mana2 blog yang update drama nie..harap tak kecewa..akhir kata..

"AKU SUPPORT DRAMA MALAYSIA"


dan lagu untuk drama nie adalah 
"MUARA HATI"
nyanyian Dato Siti Dan Hafiz Awan Nano..xtau lah af brape..kakaka..
dah dengan lagu tu je yang aku ingat hafiz..haha
jeng..jeng...jeng...
lagu tu dah aku donload..dan sentiasa berbisik-bisik dikala menaip report...hehe
lirik yang sangat awesome..
disebalik lirik itu ade makna yang tersembunyi...hayati

# saya dedikasikan lagu tu untuk awak2 sekalian..sila cari kat u tube yer...

# kalau dah jodoh,kemana pun berjalan pasti ketemu....haipp,kluar indon plak..