Instagram

Friday, March 8, 2013

"ditelan laut china selatan"

~segala puji bagi ALLAH~

Hari ini 9 MAC 2013,sabtu bersamaan.syukur atas jaganya di kala fajar menjelang,syukur atas nikmat kesegaran dunia yang dikurniakan.terima kasih dan dengan harapan ianya berkekalan,tekad!! harus berubah tabiat!!HARUS!!

ok nak cerita hal semalam..

semalam jumaat geng berjimba di pantai tok jembal.satu peristiwa memang tidak dilupakan lagi adalah 
"selipar ditelan laut china selatan"

sesampai di pantai,beli keropok dan air minum,dan bergerak ke muara..eh muara ke??nie haaa.


makan-makan sampai habis,then aku,zura dan najah bergerak turun ke bawah untuk main air,berendam kaki lah kononnya,main-main buih laut..diorang memakai kasut crocs dan aku selipar oren yang telah dimiliki 2 tahun sudah..



perluke cerita ek??haha,tak kira aku nak cerita!!kalau tak aku lupa(memang tak lupa)..ok sambung

then dalam gembira buih dan ombak datang dan takut basah maka berundur (sila bayang `muka excited bila ombak datang ' ) dalam excited nye itu jadi panik sebab selipar gua tercabut dari kaki dan dibawa ombak!!
terjerit-jerit kejarnye..oh maiii,aku kejar selipar aku nak ambik,namun sekerat sahaja,ombak lain datang..sangat tak logik lah kan nak kejar masuk ombak ambik selipar..padan muka aku,mana ada orang main air pakai selipar,aku jer..sebab excited sangat mungkin,patutnya kat atas lagi haa cabut selipar tu. dan tidak jauh sebelah sana ade port pakcik-pakcik nelayan duk melepak bersama dan aku yakin mereka dengar jeritan itu.

dalam hati aku redha je sebab selipar tu dah 2 tahun dimiliki,tapak pun haus..dan redha je kalau balik berkaki ayam..(dalam hati.solution balik hostel : mintak najah ambikkan dengan moto bawak balik hostel)

namun ku masih menunggu pasangan selipar aku muncul lagi..nasib tidak keluar dari muara tu,dan colour selipar oren pulak tu,striking and memang nampak lah dari jauh,duk perhati jelah "selipar oren ditelan laut china selatan".kebanyakan selipar yang terlepas jarang benar nak diambil kembali,namun jodoh selipar masih bersama pasangnya (sastera giler ayat,poyo!!)

pakcik nelayan yang dengar jeritan kami turun dan turut memerhati selipar aku dari jauh,dia tahu aku hilang selipar walau jauh jugak kedudukannya.mulanya dia ambik selipar warna pink,itu bukan selipar aku..mungkin nampak selipar sebelah lagi di kaki aku (lain kali pilih striking colur lagi).

beberapa saat kemudian muncul selipar oren dekat pakcik tu..punya excited jerit suruh pakcik tu ambikkan..haa,sangat bagus teknik ambilan selipar pakcik nie..dia tak terus terkam ambiknya..tunggu seketika selipar tu ke pesisir,tak basah dan selamat  pakcik tu..pakcik tu lempar ke atas dan aku sangat teruja!!berlari keanak-anakan pergi ambik pasangan selipar.TERIMA KASIH PAKCIK!! kini selipar jumpa pasangnya dan masih digunakan selagi ianya berguna..hehe(perlu ke cakap??)


pengajaran : 
  1. main ombak cabut selipar letak atas,kalau letak bawah alamatnya 22 belah melayari laut china selatan (kalau duk sebelah pantai timur)
  2. nak ambik selipar harus ade teknik,jangan panik dan jangan teruja berkejar-kejar air ombak.bahaya diri dibawa ombak.

opsss.tak sedar panjang giler cerita aku.padahal remeh je haaa.mak jemah kepochi betol!!excited bercerita
apa-apa ambik yang baik yer, buang kelaut yang buruk,(jerit ketidakpuasan hati namun hati-hati nanti pikir gila pulak dek orang) jangan buang sampah pulak ke laut tu,pelihara laut kita!!

ok babai.assalamualaikum









Thursday, March 7, 2013

Bersama Kita Cipta

~segala puji bagi Allah~

rindu ni nak menaip entri..seminggu sekali agaknya ku jenguk dashboard,namun jari dan minda tidak menari-nari atau teruja untuk berceloteh disini.entah mengapa sebabnya ku tidak ketahui..ini poyo ok..padahal memang dah malas dah pun..time nie, menaip ni sebab bosan dan mungkin ada carutan disini,so JIKAlau sudi baca, sila TERUSKAN pembacaan..

sedar tak sedar ku sudah masuk semester 6,SEMESTER 6 yer!!! tahun akhir and opkos semester akhir..ok terlebih teruja disitu,tiada kesabaran nampaknya untuk berhabis-habisan kesemesteraan ini.nak cakap ni.umuq banyak dah nie..1991- saat detik ini...insyaallah umuq 22 boleh grad bersama..takkan ku tinggalkan memori yang indah tercipta sepanjang  kebersamaan kita. i love you more friends!!!


nak info subjek semester 6 :
  1. advanced numerical analysis 
  2. english occupational purpose
  3. islam alam sekitar(elektif)
  4. islam dan ideologi masa kini (elektif)
  5. FYP aka projek ilmiah tahun akhir 2
semester 6 yang masanya tidak banyak diperuntukkan di kuliah@kelas,kelas sejam dua tiga jam sahaja setiap hari.. FYP a.k.a projek ilmiah tahun akhir 2 iaitu sebanyak 6 jam kredit,bergantung pada diri untuk berada di mana-mana asalkan setiap hari/minggu sila berjumpa SV.in progress,dengan harapan ianya berjalan lancar dan mudah segala urusan .akan ku cuba sedaya upayaku..insyaallah..kita semua berjaya janji kita  usaha
ku ingin kongsi apa yang aku baca dalam akhbar samudera (majalah universiti) dalam segment jejak alumni..
5 success key principles yang diguna pakai ialah 
  1. mingle with the right person
  2. read the right books
  3. listen to the right songs
  4. attend the right trainings/seminar
  5. be teachable to your guru/mentor
can you justify it??kalau tidak boleh sila bolehkan...hehe

berbalik pada tajuk:

walau sesibuk mana kami tetap bersama

ketawa bersama..huhahuha
berjalan bersama.
bergambar bersama
bershopping bersama
makan bersama
p pasaq malam bersama..
tiada duit kami bersama
berangan bersama
sedih bersama
suka bahagia gembira bersama
apa-apa susah senang kami bersama..
terima kasih tak terhingga kerana kita bersama




p/s:ambik yang baik -baik sahaja,buruk sila buang naaa
sebenarnya malam ini diri terasa kosong,kosong dan kosong

Tuesday, January 8, 2013

tambah tolak darab bahagi ~otak

~SEGALA PUJI BAGI ALLAH~

sudah lama x menaip entry....sibuk la konon kan.
kini berada di akhir semester 5
lagi satu paper menunggu..13 january 2013 
oh,SELAMAT TAHUN BARU


so,2013 mana yang anda pilih??
anda yang tentukan


dan



paper last ini selang jarak lama sikit..
5 hari..untuk menjawab paper MCQ
dan last paper nie adalah elektif komunikasi kemanusiaan
LOGIK AKAL,FAHAMAN dan HAFALAN diperlukan
dan kali nie nak guna otak belah mana??
kalau biasanye mengira-ngira ,guna otak-otak (dipasar malam tu) kiri,

kali ni??kanan ke?kalau kanan setahu aku yang berseni,berkreatif..
mestilah diseimbangkan..
untuk lebih detail sila tengok info ini...

ok sila bersedia okeh..
banyak masa nie menyebabkan banyak lagha
bermovie sini,bernovel situ,bertido sinisitu eh atas tilam empuk laa..

4 paper sudah lepas,hope result will be OK

JANGAN PUTUS HUBUNGAN DENGANNYA
DAN RESTU IBUBAPA TERAMAT PENTING

“Redha Allah bergantung pada redha dua Ibu Bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua- dua ibu bapa.” (Riwayat al-Hakim)

dan doa untuk KAWAN-KAWAN SEPERJUANGAN juga



ok sini saje
SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA
GEMBIRAKAN IBU BAPA KITA