Instagram

Sunday, January 29, 2012

~Harapan Hati~

~SEGALA PUJI BAGI ALLAH~

ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ILAHI..
MASIH DIBERI RUANG DAN PELUANG UNTUK BERNAFAS DI MUKA BUMI INI.....

aku ingin sekali menaip pada malam ini kerana....heeee
aku ingin sampaikan hasrat aku..

aku tengok orang berbuat baik..sama ada manusia ataupun haiwan.atau makhluk ALLAH..
aku pun ingin nak berbuat baik..manusia tak habis dengan meniru..fakta aku katakan.."kita sebenarnya hidup dengan peniruan"idea dari buku BMT..hehe...kita sejak dari kita kecil sebenarnya kita meniru....segalanya meniru..orang ade blog kita nak ade blog jugak..haha..contohnya..

berbuat baik..tolong orang yang kurang daripada kita..yang tidak senasib dengan kita......rasa simpati kepada orang lain....bukan senang untuk merasa simpati jika hati itu keras seperti batu..langsung tiada perasaan kemanusiaan dari hati..jika terbitnya perasaan itu, tapi tiada wujudnya keikhlasan dari lubuk sanubari tiada gunanya juga bukan??bahagia dan nikmat dari balasan perbuatan itu akan terasa jika kita ikhlas melakukannya...
IKHLAS...satu perasaan yang bukan semua orang ada,atau rasa...yang penting HATI..sucikan HATI,didikkan HATI,jagalah HATI...insyaallah HATI TIDAK DIKOTORI..
                        
                                                        ***********

harapan..aku ingin berubah...berubah perangai,berubah pemikiran..jadi seorang yang matang dari segi segenap hal..jadi insan yang lebih baik dari yang dulu,yang asal...
buat baik berkali-kali ,buat jahat jangan sekali....I WANT TO BE A VOLUNTEER..
kepada masyarakat,bangsa dan negara..itu harapan aku sebelum aku pergi...

[bagaimana cara untuk aku memulakannya..1 kelemahan aku..aku bergantung harap pada orang lain(nak teman cthnya).itu niat aku,so aku la yang kena laksanakan kan??!!..i wish that i will do it on my own foot..{x pandai omputih ehh}..KELAB PENYAYANG mungkin 1 jalannya..hermm..]~ayt bualan dgn diri sendiri(monolog dalaman lah..hehe)~

aku suka dengan watak RAIHANA DALAM GEMERSIK KALBU tu..seorang volunteer/bekerja dan juga  anak yang tabah,sabar...walau banyak dugaan perasaan yang melanda..
aku juga ada membaca dan melihat blog2 lain yang berkongsi cerita dan pengalaman menyenai aktiviti-aktiviti sebegini..betapa ikhlas dan sucinya hati-hati mereka ini...aku juga turut merasa aura kegembiraan mereka-mereka..
sekali lagi aku mahu meniru..

aku ingin membantu mereka2 yang kurang daripada kita semua..itu harapan aku..
aku tiada wang berjuta untuk diberi,aku tiada harta yang bertimbun untuk dikongsi,
aku hanya ada tenaga keringat untuk disumbangkan..aku ada harapan HATI yang ingin aku TUNAIKANkan..
anak2-anak yatim,warga OKU,warga emas..aku ingin...kamu semua didahulukan..
aku masih belum ada peluang untuk menyertai aktiviti2 sebegini samada di sekolah,matrik,ataupun universiti..aku ingin merasainya...yang penting IKHLAS..ok setakat itu sahaja bebelan harapan aku...DOAKAN AKU DUHAI TEMAN/SAHABAT..


P/S:ALHAMDULILLAH sekali lagi.. sebab perasaan terhadap si dia di HATI ini telah beransur kosong.,SIFAR...terima kasih YA ALLAH..harapanku moga dipertemukan dan dapat yang lebih baik..dengan tiadanya perasaan itu,FOKUS!! DAN MULAKAN SEMESTER BARU DENGAN PENUH SEMANGAT DAN MATLAMAT YANG MANTAP AND LASTLY DO THE BEST FOR THIS SEMESTER!!....


2 comments: